Get Adobe Flash player

Articles

Secretary General 's Welcome Note

: : Secretary General 's Welcome Note : :

Selamat Datang ke Laman Web Institut Logistik Malaysia atau MIL.

Sebagaimana yang kita ketahui profesyen logistik adalah murni. Malahan dalam kitab suci Al Quran, aktiviti logistik yang dilaksanakan di zaman Nabi Yusof a.s. sebagai langkah penyelamat menangani musibah kemarau panjang pada masa itu. Dengan aplikasi ilmu “warehousing” maka terbinalah gudang-gudang yang dapat menyimpan, membekal dan mengekalkan kualiti makanan sehingga dapat digunakan selama tujuh tahun kemarau teruk berikutnya.

Teknologi dalam bidang logistik telah banyak berkembangan sehingga kini kita mendapati bukan sahaja makanan oren dan anggur yang segar dipasaran tempatan malahan bunga-bunga yang pendek jangka masa hayatnya, segar-bugar diimport dari luar negara ribuan batu jauhnya. Kini kitaran “Supply Chain Management” (SCM) yang efisyen dan efektif dapat dilaksanakan mengunakan teknologi ICT dan pengangkutan serta “Physical Distribution” dapat mengurangkan kos dengan harga yang lebih kompetitif. Maka tidaklah hairan di sesetengah negara mengunakan ilmu logistik sebagai strategi untuk mengekalkan keuntungan persaingan komersial serta menarik pelabur-pelabur asing.

Dalam situasi ekonomi meleset, ilmu dan aktiviti logistik adalah lebih penting kerana suasana ekonomi akan merubah corak definasi dan keperluan permintaan barangan dunia. Oleh itu, sekiranya kita tidak bersedia dan fleksibel maka mungkin negara kita akan terlepas peluang komersial yang kita sedang nikmati pada masa kini. Jesteru, dalam masa yang mencabar seperti ini MIL mengajak kepada semua yang berminat dan bersemangat, tampil mendalami ilmu dan menghalusi kemahiran logistik anda.

 

“Promoting the Profession of Logistics”

MIOR MUHAMAD BIN MIOR SULAIMAN

Setiausaha Agong